Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 16, 2009

Hendak Membesarkan Anak Menjadi Seorang Yang Pintar?

Salah satu buku kegemaran saya ialah "Raise a Smarter Child by Kindergarten." by David Perlmutter M.D and Carol Colman. Dalam buku ini, neurologist ini berkongsi dengan pembaca cara-cara untuk meransang otak kanak-kanak sejak daripada kecil, berdasarkan pengalamannya menjadi seorang 'physician' yang pakar dalam bidang ke-tidakfungsian (disorder) otak dan sistem saraf selama 20 tahun.

Menurut beliau, untuk membesarkan anak menjadi seorang yang pintar bukanlah terlalu susah - tidak perlu berbelanja mahal untuk membayar seorang tutor profesional atau membeli barangan mainan yang mahal atau melatih anak sepenuh masa untuk perkara-perkara akademik. Ada cara yang lebih mudah dan lebih efektif untuk meningkatkan 'kuasa otak manusia' iaitu cuma dengan - (1) Bermain permainan yang bersesuaian dengan anak (2) Berikan anak-anak makanan yang betul dan sihat (3) Kekalkan suasana 'brain enhancing environment' di rumah dan semestinya (4) Berikan kasih sayang yang tak terhingga kepada anak!

Dalam 5 tahun yang lepas, sains telah menemui bahawa otak manusia tidaklah lengkap semasa dilahirkan. Otak manusia mengalami pertumbuhan yang pesat pada 5 tahun pertama dalam kehidupan. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita berpeluang untuk menggunakan masa ini sebaiknya untuk meningkatkan tahap kepantasan otak anak kita. Daripada usia lahir sehingga 3 tahun, sebanyak 30 IQ 'point' boleh ditingkatkan! Tidakkah ini peluang keemasan yang perlu kita dapatkan? Maka, dengan itu, kita perlu tahu bahawa tugas mendidik anak bukanlah tugas guru yang hanya mendidik anak kita pada usia 6 tahun ke atas (daripada usia tadika), tetapi adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa (terutamanya ibu) yang mengandungkan anak tersebut dan membesarkan mereka sebelum mereka pergi ke sekolah.

Mungkin ramai yang menganggap bahawa kepintaran anak adalah berdasarkan genetik yang diwarisi oleh ibubapa. Ini juga betul dan anak tersebut amat bertuah. Walaubagaimanapun, sekiranya anak yang mewarisi genetik baik dibiarkan begitu sahaja, dia juga tidak akan membesar sebagai seorang individu yang pintar. Menurut penulis buku, gen berfungsi dengan mengarahkan penghasilan protein yang critical untuk perkembangan otak. Protein istimewa ini 'regulate wiring' di antara sel otak yang membuatkan otak cerdas dan aktiviti ini amat penting semasa perkembangan otak yang pesat berlaku dalam diri kanak-kanak. Tetapi apa yang mengawal gen pintar ini ialah - (1) ransangan mental yang berterusan, (2) aktiviti fizikal, (3) makanan dan nutrien yang betul dan (4) pengalaman dicintai dan emosi yang stabil.

Suasana yang negatif pula boleh menggalakkan/meransangkan gen 'jahat' dan membantutkan pengaktifan gen 'baik' seperti - (1) Kanak-kanak yang diberikan diet yang tidak optimum, (2) dibesarkan dalam suasana yang tidak meransang mental kanak-kanak atau (3) Kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang tegang dan tidak ceria.

Menurut penulis, antara cara-cara untuk membantu anak anda menjadi seorang yang pintar adalah:
  • Menyusu badan anak untuk tempoh 12 bulan yang pertama boleh meningkat IQ anak tersebut senyak 8 point. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan anak atau telah berhenti awal, pastikan anak anda diberikan susu formula yang diperkaya dengan nutrien untuk otak.
  • Berikan anak diet yang optimum. Kekurangan nutrien yang dalam vitamin yang penting, mineral atau nutrien seperti zat besi dan iodin semasa perkembangan pesat otak berlaku boleh menyebabkan IQ rendah, mendapat skor ujian yang rendah, kemurungan dan boleh membawa juga kepada penyalahgunaan dadah apabila kanak-kanak tersebut menjadi remaja kelak.
  • Libatkan anak dalam aktiviti2 yang meransang mental daripada minggu2 pertama kehidupan sehingga keseluruhan zaman kanak-kanaknya. Permainan dan aktiviti yang bertepatan boleh meningkatkan daya ingatan, meningkatkan kapasiti mental dan memulakan anak untuk mempunyai skil pemikiran kritikal (critical thinking).
  • Bataskan masa anak untuk menonton TV, DVD dan bermain permainan video. Penggunaan masa yang berlebihan untuk menonton TV, DVD dan bermain video games semasa anak masih kecil berpotensi untuk menjadikan anak seorang yang mendapat skor ujian yang rendah di kemudian hari.
  • Kenalkan anak dengan latihan musik formal pada usia 4 tahun. Ini akan menjadikan anak seorang yang kuat dalam matematik dan sains.
  • Latihan awal komputer boleh meningkatkan fungsi kognitif anak dan menyediakan dia untuk sekolah.
  • Lindungi anak dari toksin bahaya untuk otak yang biasa terdapat pada makanan, permainan, baju dan mungkin di sekeliling rumah anak yang boleh menyebabkan masalah pembelajaran dan merendahkan IQnya.
  • Besarkan anak dalam kasih sayang, tanpa tekanan dan oleh pengasuh yang penyayang.
Buku ini amat menarik. Apa yang saya tulis ini adalah cuma 1% daripada keseluruhan buku. InsyaAllah, saya akan tulis beberapa aktiviti untuk meransang perkembangan otak yang dituliskan dalam buku ini. Saya melakukan aktiviti-aktiviti dengan anak di rumah, dan she really enjoys those activities. There are some activities that she does not want to do, so I switched to others. Bila dia dah ready, I will try again..

Wednesday, April 15, 2009

Sekapur Sirih

Saya mencipta blog ini dengan niat untuk menulis perkara-perkara yang telah saya baca daripada buku-buku berkaitan perkembangan kanak-kanak. Buku-buku ini telah saya baca semenjak saya mengandungkan anak pertama, dan kini anak saya telah berumur setahun setengah dan saya masih membaca. Saya telah mengaplikasikan beberapa cadangan dan aktiviti yang ditulis di dalam buku tersebut.

Saya dapati aktiviti-aktiviti tersebut amat membantu saya dalam membesarkan anak di mana saya dapat menjalinkan hubungan yang akrab dengan anak, melihat perkembangannya dalam memahami kehidupan sekeliling (terutama dalam aspek komunikasi) dan tentunya melihat si anak sentiasa sibuk 'mengkaji' dunia di sekelilingnya (walaupun akan menyebabkan kita kepenatan!).

Walaupun secara individu saya tidak tahu keberkesanan aktiviti-aktiviti tersebut untuk melahirkan seorang anak yang berjaya, berguna dan berakhlak mulia di masa hadapan (walaupun telah terbukti ke atas anak-anak yang lain seluruh dunia), saya percaya bahawa apa yang saya lakukan sekarang adalah sebagai satu 'pelaburan' masa hadapan yang tidak akan dapat saya ulangi sekiranya saya 'tertinggal' saat-saat manis ini. Apa yang kami mahukan sebagai suami isteri ialah membesarkan anak yang dapat melalui zaman kanak-kanak yang bahagia disamping membentuk mereka menjadi orang yang berguna secara keseluruhan.

Sekarang, saya sedang mengandung anak kedua, dan saya teringin untuk menulis perkara-perkara berfaedah yang telah saya perolehi di blog supaya mungkin dapat berkongi dengan ibu-ibu atau bapa-bapa yang lain. Dan juga mungkin ibu bapa lain mahu berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka supaya kita semua dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berjaya di masa hadapan. Saya percaya, di zaman yang mana pengetahuan adalah tanpa batasan, ibu bapa diberi peluang untuk belajar cara-cara terbaik membesarkan anak-anak mereka, dan bukan sekadar mengikut sahaja apa yang diperturunkan kepada mereka.

I hope that I will be comitted to continuously write in this blog :) Your comment either in Malay or English for the things that I wrote is highly appreciated..